Saturday, 12 November 2011

The Internet

Bila kanak-kanak dah terlalu maju...

Memang banyak benda berubah sejak kemudahan internet ni semakin maju. Ada kebaikan dan ada kelemahan juga.
Em, mana layan dah main lipat origami ni. Aku rasa zaman anak-anak aku nanti entah congkak pun dah tak wujud agaknya unless aku beli congkak and ajar. Semua sibuk layan facebook je and layan cartoon kat youtube

Pencarian maklumat....

 
Bila buat assignment cari maklumat kat internet, mostly pelajar salahgunakan. Buat assignments last minute , pastu copy paste edit sikit dan submit. Kalau buat assignmens refer buku, automatically minda ni kena baca jugak apa yang kita type ni. So, at least ada input yang masuk otak. 

Kemudahan berhubung...
Kalau zaman dulu, nak berhubung guna surat lah yang paling famous. Utus mengutus surat. Sekali hantar 4-7 pages terus. Sebab banyak benda sangat nak tanya dan beritahu. Kalau perhubungan jarak jauh, surat-surat ni lah jadi kekuatan cinta atau hubungan seseorang. Zaman sekarang, banyak kemudahan sangat tapi still hubungan jarak jauh tak boleh nak kekal sebab tengok acc gadis cun banyak sangat. Dah tu semua nak add dan skype, memang rambang mata lah. 

Berita Meluas..


 
Macam-macam jenis berita pun ada. Sampai berita artist lap hingus kat baju pun dah jadi berita terkini. Berita online, kemudahan untuk semua mengetahui perkembangan dunia. So mudah la, tak perlu ke hulu ke hilir dengan suratkhabar. 

Banyak kemudahan yet buat manusia jadi malas dan leka sikit. Aku sendiri pun tak boleh hidup tanpa internet. Kalau sehari takde internet, buntu tak tau nak buat apa. TV pun tak layan. 


Happy reading and have a nice day...





0 comments:

  © Blogger templates The Transformers by Blog Tips And Trick 2009